Your browser doesn't support javascript.
Show: 20 | 50 | 100
Results 1 - 1 de 1
Filter
Add filters

Language
Document Type
Year range
1.
Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari ; 23(2):54-67, 2022.
Article in English | ProQuest Central | ID: covidwho-20241738

ABSTRACT

Pertikaian antara suami dan isteri merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Penyelesaian terhadap pertikaian ini tertakluk kepada budi bicara kedua belah pihak yang terlibat sama ada dengan perbincangan tertutup antara kedua belah pihak sahaja atau dihadapkan ke mahkamah Syariah jika tiada kata perdamaian dicapai dalam proses pra-bicara tuntutan yang dihadapkan iaitu majlis Sulh. Dari segi perundangan, proses Sulh akan dijalankan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh mahkamah Rendah Syariah dan diadakan sesi perjumpaan secara fizikal yang terdiri daripada kedua pihak yang bertikai dan pegawai Sulh sahaja. Sejak pandemik Covid-19 menular di seluruh dunia pada tahun 2020, majoriti aktiviti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan dan diganti dengan aktiviti secara atas talian. Proses majlis Sulh juga tidak ketinggalan menghadapi situasi tersebut. Semenjak menularnya covid-19 proses majlis Sulh hanya boleh diadakan secara atas talian demi menjaga kemaslahatan dari segi kesihatan semua pihak yang terlibat dalam proses majlis Sulh tersebut. Justeru kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kelancaran perjalanan proses majlis Sulh di Brunei Darussalam dan Malaysia sama ada ia berjalan dengan lancar dalam norma baharu dan mencapai objektif majlis Sulh. Metodologi kajian adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan teknik analisis dokumen dan statistik. Melalui analisis dokumen, data yang diperoleh dari bahan bertulis akan diteliti, dihurai dan dianalisa. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Kajian mendapati faktor penularan pandemik tidak menjejaskan proses majlis Sulh yang secara lazimnya dilaksanakan secara fizikal atau bersemuka, bahkan majlis Sulh tetap boleh dijalankan dengan lancar secara atas talian sebagaimana proses lazimnya. Perdamaian adalah jalan terbaik bagi kedua belah pihak yang bertikai demi menjaga kemaslahatan ahli keluarga yang lain khususnya anak-anak, seterusnya akan mengurangkan kes-kes penceraian di era pandemik. A dispute between a husband and wife is an inevitable affair in a marriage bond. The settlement of the dispute is subject to the discretion of the two parties either with closed discussions between the two parties only or before the Syariah court if no reconciliation is reached in a pre-hearing process of claim that is brought before the Sulh council. Legally, the Sulh process will be conducted within the period stipulated by the Syariah Subordinate Court and physical meetings will be held consisting of both the disputed parties and Sulh officers only. Since the Covid-19 pandemic spread worldwide in 2020, most physical activity could not conduct and replaced online activities. The Sulh council process is also not left out in the situation. Since the spread of covid-19 pandemic the Sulh council process can only be held online to safeguard the health of all parties involved in the Sulh council process. Hence, this study was carried out to review the process of sulh council process in Brunei Darussalam and Malaysia whether it runs smoothly in the new norms and achieves the objectives of the Sulh council. Qualitative and descriptive research methodology is used in this study in applying document and statistical analysis techniques. Through document analysis, data obtained from written materials will be examined, elaborated, and analyzed. Analysis is done by examining secondary data information especially writing, journals and articles. The pandemic contagion does not affect the Sulh council process which is usually carried out physically or face-to-face, even the Sulh ceremony can still be conducted online as usual. Reconciliation is the best way for both parties who are in dispute to protect the welfare of family members, especially children.

SELECTION OF CITATIONS
SEARCH DETAIL